HALAMAN UTAMA

Create text online




KATA ALUAN GURU BESAR

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah subhanahuwataala kerana dengan taufik dan hidayat-Nya Pelan Strategik Sekolah (2011 – 2015) sempurna dihasilkan dalam usaha untuk merancang suatu pencapaian akademik yang dinamik bagi Sekolah Kebangsaan Daingin Papar.

 Dalam perkembangan pelajaran di zaman globalisasi ini, sememangnya menuntut perancangan yang sistematik dan strategik ke arah menentu kejayaan dan kecemerlangan sekolah. Justeru , diharap Pelan Strategik Sekolah (2011 – 2015) ini akan dapat menjadi garis panduan kepada para guru sebagai hala tuju  sekolah ini dalam mempertingkatkan tahap pencapaian sekolah bersesuaian dengan visi dan misi yang telah ditetapkan.

 Di samping itu, dalam usaha kita memartabatkan Sekolah  Kebangsaan Daingin, Papar, secara menyeluruh dan bersepadu seiring dengan Falsafah Pendidikan Negara, Wawasan 2020 dan hasrat kerajaan mewujudkan Pendidikan Bertaraf Dunia perlulah kita gabungkan agar kita sentiasa ke hadapan.


Akhir sekali, saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua jawatankuasa dan guru di atas sumbangan dan komitmen  mereka menghasilkan Pelan Strategik Sekolah (2011 – 2015) ini. Hendaknya segala yang dirancang akan tercapai melalui usaha murni semua pihak yang menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan penuh jujur, ikhlas dan amanah.

 Sekian, terima kasih.


( AK OMAR BIN PG  HJ DURAMAN )
Guru Besar
SK  Daingin, Papar