KEJOHANAN PADANG DAN BALAPAN 2011




Tarikh : 25 & 26 Julai 2011
HARI : Isnin & Selasa
Tempat : Padang SK Daingin Papar.

Sekolah Kebangsaan SK Daingin Papar telah melangsungkan Kejohanan  Padang dan Balapan  kali ke-2 pada 25 dan 26 Julai 2011  bersamaan Hari isnin dan selasa. Majlis ini telah dilangsungkan begitu meriah walaupun serba kekukurangan peralatan dan diadakan secara tertutup yang hanya melibatkan pelajar, guru dan kakitangan sekolah sahaja. Kejohanan padang dan balapan ini telah dirasmikan oleh Guru Besar SK Daingin En. AgKu Omar Bin Pg Duraman. Beliau menyatakan bahawa pengandalian sukan pada kali ini penting Kepada pembentukan jawatankuasa sukan yang mantap dan dapat menambahkan pengalaman berkenaan pengurusan sesuatu kejohanan sukan. Ini adalah kerana SK Daingin akan menjadi pengerusi kejohanan Padang dan Balapan Zon Benoni pada Tahun 2012. Pengendalian sukan ini juga dapat membantu memupuk persefahaman dan kerjasama yang baik di antara guru-guru dan kakitangan sekolah.  Antara acara yang telah dijalankan adalah acara larian mengikut kategori murid:
&             1. Kategori A – Pelajar Tahun 4, 5, 6
                2. Kategori B- Pelajar tahun 2, 3
&             3. Kategori C – Pelajar Pra sekolah dan Tahun 1
 Acara terbuka untuk guru-guru dan kaki tangan Sekolah diadakan  pada hari terakhir Kejohanan. Kejohanan kali ini berkesudahan dengan:
Johan  : Rumah Pulau Manukan (Kuning)
N. johan : Simpang Mengayau (biru)
Ketiga : Pulau Sipadan (Hijau)
Acara sukan di akhiri dengan acara penyampaian hadiah kepada para pemenang.